Friday, November 19, 2010

Sejarah Kampung Serdeng.

Alhamdulillah, kehidupan penduduk Kampung Serdeng bertambah baik daripada keadaan yang sebelumnya. Sebelum adanya perhubungan seperti jalanraya, sungai adalah laluan ataupun perhubungan utama yang digunakan penduduk setempat dan sekitarnya untuk ke bandar mahupun kampung2 terdekat. Jalan sungai masih digunakan sampai sekarang. Antara pengangkutan yang digunakan ialah Bot Ekspress (Bobo,Aong),atau Bot Laju(Jimmy,maju betanak). Kalau masa dulu2 selalunya mereka hanya menaiki sampan ataupun perahu nelayan (Nek Ramli) untuk ke destinasi2 yang lain. Dari segi ekonomi pula, majoriti penduduk kampung bekerja sebagai nelayan dan petani. Tidak dapat dinafikan juga ramai anak kampung yang berjaya dan mempunyai pekerjaan yang lebih baik seperti guru dan sebagainya. Keadaan geografi di kampung ini adalah bertanah paya dan terletak di persisiran sungai yang dinamakan Sungai Rajang atau Batang Rajang yang juga merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Walaupun Kampung Serdeng terletak berdekatan penempatan orang Melanau dan Iban, namun penduduk di sini adalah berbangsa Melayu. Terdapat segelintir sahaja penduduk yang berbangsa Melanau dan lain2. Kampung Serdeng terletak di antara Pekan Kecil Daro dan Bandar Sarikei jika anda menggunakan sungai. Jadi Kampung Serdeng mempunyai kedudukan yang strategik dan mudah untuk sampai. Banyak keistimewaan Kampung Serdeng seperti makanan, budaya dan caya hidup penduduknya yang baik serta peramah.





No comments:

Post a Comment